Influenza: Tiada sekolah ditutup di Selangor

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada sekolah atau kelas di Selangor ditutup susulan wabak influenza yang melanda negara.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Dr Mahanom Mat Sam berkata, setakat ini semua pelajar yang dijangkiti virus tersebut berada dalam keadaan stabil selain sudah mendapatkan rawatan di klinik serta hospital.

"Setakat ini seramai 231 pelajar dari 97 sekolah dilaporkan mengalami demam berkenaan, namun keadaan mereka stabil.

"Data yang didapati daripada Pejabat Pendidikan Daerah menunjukkan pelajar terbabit diberi cuti rehat dan dinasihatkan untuk dikuarantin di rumah dalam tempoh tiga hingga tujuh hari," katanya menurut sebuah portal tempatan hari ini.

Mahanom berkata, Klang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu membabitkan 97 pelajar dari 35 sekolah.

"Petaling Perdana mempunyai 53 kes dari 27 sekolah diikuti Sepang dengan 30 kes dari tujuh sekolah.

"Pelajar daerah lain yang turut mengalami demam itu ialah di Kuala Selangor, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: