Artis mengamuk, tunjuk kemaluan di tempat awam

Tangkapan layar video memaparkan tindakan artis terbabit yang mencetuskan pergaduhan dan menunjukkan kemaluannya di tempat awam mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Tangkapan layar video memaparkan tindakan artis terbabit yang mencetuskan pergaduhan dan menunjukkan kemaluannya di tempat awam mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
A
A
A

SINGAPURA - Seorang pelakon dan penyanyi yang sering mengundang kontroversi dilihat tidak pernah serik apabila kali ini bergaduh dan menunjukkan kemaluannya di tempat awam.

Aksi tersebut direkod dan dikongsi sebuah syarikat rakaman melalui laman Facebook rasmi yang menunjukkan artis itu cuba menimbulkan provokasi terhadap beberapa lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di sini baru-baru ini.

Melalui video berkenaan, bekas suami kepada seorang pelakon wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang individu sebelum bertindak membaling kerusi.

Lebih memalukan, lelaki dengan selamba membuka zip seluar sambil menunjukkan kemaluannya.

Perkongsian video berdurasi 1 minit 30 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 155,000 tontonan dan 2,100 warga maya telah berkongsi video tersebut.
Perkongsian video berdurasi 1 minit 30 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 155,000 tontonan dan 2,100 warga maya telah berkongsi video tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi yang berasal dari negara jiran itu turut memberi amaran kepada rakannya supaya berhenti merakam aksi sedang dilakukannya.

Perkongsian video berdurasi 1 minit 30 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 155,000 tontonan dan dikongsi 2,100 warga maya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap perlakuan lucah dilakukan selebriti tersebut dan mengharapkan Aliff diambil tindakan undang-undang oleh kerajaan Singapura.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap perlakuan lucah yang dilakukan oleh selebriti tersebut dan mengharapkan agar Aliff diambil tindakam undang-undang oleh kerajaan Singapura.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap perlakuan lucah yang dilakukan oleh selebriti tersebut dan mengharapkan agar Aliff diambil tindakam undang-undang oleh kerajaan Singapura.

"Apa yang kau dapat kalau buat macam itu. Lagi bagus cari duit buat anak kau, buat amal ibadat," tulis Santos Leng di Facebook.

Yen Choo pula menulis, "Memang memalukan rakyat Singapura. Ada sahaja kontroversi negatif yang timbul pasal kau."

Artis itu pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dengan menjerit dan menggunakan isyarat lucah menggunakan tangan di Orchad Tower pada 10 November lalu.

Sebelum itu juga, terdapat video memaparkan artis tersebut ditahan polis di Orchad Road yang tular di media sosial.