Masuk mesin pengimbas sebab malas buka jaket

Gara-gara terlalu malas membuka jaket ketika proses mendaftar masuk, seorang lelaki bertindak masuk ke mesin pengimbas bagasi di Stesen Keretapi Barat Beijing.
Gara-gara terlalu malas membuka jaket ketika proses mendaftar masuk, seorang lelaki bertindak masuk ke mesin pengimbas bagasi di Stesen Keretapi Barat Beijing.
A
A
A

CHINA - Gara-gara terlalu malas membuka jaket ketika mendaftar masuk, seorang lelaki bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas bagasi di Stesen Keretapi Barat Beijing di sini.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen tersebut, lelaki tersebut dengan selamba merebahkan dirinya di atas mesin tersebut seolah-olah dirinya sebuah bagasi ketika penumpang lain sibuk membuka jaket dan mengeluarkan barang untuk diimbas.

Lelaki tersebut terus merangkak di dalam mesin pengimbas meskipun petugas menghentikan pergerakan mesin tersebut dan berteriak kepadanya.

Berdasarkan sumber melalui laporan Asia One, polis mengarahkan petugas keselamatan stesen tersebut menahan lelaki itu kerana kelakuannya yang aneh.

Dalam pada itu, menurut laporan Shanghaiist, rakaman CCTV menunjukkan lelaki itu tiba di lokasi pemeriksaan keselamatan dan bercakap dengan pekerja di situ sebelum masuk ke dalam mesin tersebut.

Lelaki itu membuat pengakuan tidak mahu bersusah payah membuka jaket musim sejuknya yang berat dan mengosongkan poketnya.

Dia dan isterinya yang dilaporkan dalam perjalanan bercuti kemdian dilepaskan dengan amaran polis.

Artikel Berkaitan: