Tujuh projek, program khas bukti tadbir urus baik

Haslihelmy (kanan) bersama Wan Rosdy pada satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
Haslihelmy (kanan) bersama Wan Rosdy pada satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
A
A
A

KUANTAN - Tujuh projek dan program khas di Pahang tahun ini membabitkan kos keseluruhan RM39 juta membuktikan tadbir urus yang baik oleh kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, pelaksanaan projek itu membuktikan kewangan bertambah berbanding sebelumnya.

"Saya percaya, tujuh projek khas itu mampu dilaksanakan selepas kerajaan memperkukuhkan kutipan hasil dengan melaksanakan langkah yang agresif bagi mengurangkan tunggakan dan ketirisan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam mengumumkan beberapa projek dan program khas yang akan dilaksana antaranya bayaran intensif perkahwinan pertama, bantuan khas one-off kepada golongan miskin, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, imam masjid dan pembinaan projek takungan air di Lipis.

Haslihelmy berkata, rakyat mengharapkan sebuah kerajaan untuk membela dan cakna terhadap kebajikan mereka.

Tambahannya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mengetahui masalah rakyat, mencari jalan penyelesaian dan membawa perubahan ke arah yang lebih baik.

"Belum pun sampai dua tahun menjawat jawatan itu, Wan Rosdy berjaya membuktikan komitmen dan tanggungjawabnya dalam membela kebajikan rakyat khususnya golongan yang memerlukan," katanya.

Artikel Berkaitan: