Konflik Iran beri kesan kepada seluruh dunia: Abe

Abe (kanan) bertemu Mohammed Salman di bandar Al-Ula dekat barat laut Arab Saudi semalam. -Foto: AFP
Abe (kanan) bertemu Mohammed Salman di bandar Al-Ula dekat barat laut Arab Saudi semalam. -Foto: AFP
A
A
A

RIYADH - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi amaran konfrontasi ketenteraan dengan Iran akan membahayakan keamanan dan kestabilan di seluruh dunia.

Jurucakap Kementerian Luar, Masato Ohtaka memetik Abe sebagai berkata, beliau turut menggesa semua negara yang relevan untuk sama-sama terlibat dalam usaha diplomatik bagi meredakan ketegangan.

"Sebarang konfrontasi tentera termasuk negara seperti Iran bukan sahaja memberi impak kepada keamanan dan kestabilan di rantau itu tetapi juga keamanan dan kestabilan seluruh dunia," kata Ohtaka.

Kenyataan Abe dibuat ketika kunjungannya selama hari di negara Teluk bagi membincangkan tentang ketegangan serantau dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed Salman di wilayah Al-Ula, Arab Saudi.

Menurut Ohtaka, kedua-dua pemimpin terbabit bersetuju untuk bekerjasama rapat dengan keselamatan maritim di rantau itu selain membincangkan keputusan Tokyo untuk menghantar pemusnah bagi aktiviti perisikan bersama dua pesawat peronda P-3C di Asia Barat.

Jepun bagaimanapun memberitahu negaranya tidak akan bergabung dengan gabungan pimpinan Amerika Syarikat di rantau tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: