Tiga perisa baharu Saba Mackarel Flakes

No Image Caption
A
A
A

ARTIKEL Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat sebelum ini pernah melaporkan, amalan pemakanan kaya Omega-3 mempunyai hubung kait dengan proses penuaan yang sihat.

Sehubungan itu, penting untuk kita mendapatkan nutrien itu daripada sumber semula jadi seperti makanan laut khususnya ikan saba yang mempunyai lebih 50 peratus kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna.

Dalam bahasa Jepun, Saba membawa maksud mackerel Pasifik atau lebih dikenali sebagai ikan tenggiri biru. Ia merupakan makanan ruji di negara berkenaan yang kaya dengan pelbagai khasiat. Lazimnya ia dijual pada harga berpatutan.

Di Malaysia, ikan saba panggang antara yang mendapat permintaan tinggi di kebanyakan restoran makanan Jepun.

Mengapa? Secara ringkasnya, ikan tersebut bukan sahaja memiliki tekstur rasa yang enak, bahkan mempunyai kandungan protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Justeru, bagi memberi peluang kepada masyarakat menikmati sajian ikan saba dengan cara mudah, enak dan sihat jenama sardin popular, Ayam Brand memperkenalkan tiga perisa baharu Saba Mackarel Flakes.

Selain cili, Saba Mackarel Flakes juga hadir dalam perisa mayonis dan minyak zaitun dara yang sesuai dijadikan menu sarapan pagi mahupun snek di pejabat atau ketika beriadah.

SABA Mackarel Flakes juga hadir dalam minyak zaitun dara dan mayonis.
SABA Mackarel Flakes juga hadir dalam minyak zaitun dara dan mayonis.

Cara penyediaanya juga. cukup ringkas. Pengguna hanya perlu menarik penutup tin dan sapu pada kepingan roti, biskut atau gulung bersama rumpat laut kering bagi menghasilkan onigiri (sejenis makanan Jepun).

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, ketiga-tiga Saba Mackarel Flakes yang dijual pada harga antara RM6.20 hingga RM6.50 itu juga boleh digaul bersama pasta dan ditabur atas sajian piza.

Memang lazat!