X

Kindly register in order to view this article
!

Kawal media: Malaysia boleh dilabel sebagai negara polis

Johan Jaaffar
A
A

SHAH ALAM - Cadangan untuk mengawal media yang mengapi-apikan semangat perkauman dan kebencian boleh menyebabkan Malaysia dilabel sebagai negara polis.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, negara mempunyai undang-undang dan peraturan yang cukup bagi memastikan kerukunan masyarakat.

"Kita (Malaysia) akan dilihat sebagai negara polis jika menutup saluran media atau mengawal media sosial oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"SKMM tidak boleh menjadi 'big brother' mengawal pengguna media sosial. Jika rakyat melanggar akta yang boleh menyebabkan agensi bertindak maka mereka perlu menggunakan peruntukan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, sebagai sebuah negara membangun pengguna media sosial sebenarnya menganggap peralatan canggih di tangan mereka sebagai alat mainan.

"Justeru, pendidikan penggunaan media sosial membolehkan rakyat menggunakannya dengan bertanggungjawab," katanya.

Dalam pada itu, Johan mengakui perkauman antara isu utama di negara ini dan berharap perkara itu tidak terus dipolitikkan.

"Saya hanya nasihatkan terutama ahli politik supaya menghentikan memainkan isu perkauman," katanya.

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya turut senada dalam perkara tersebut dengan menyatakan tindakan menutup organisasi media cetak atau dalam talian yang memainkan sentimen agama dan kaum tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut pada zaman sekarang tidak akan memberi impak positif sebaliknya mencadangkan pemimpin editor media termasuk dalam talian dididik untuk lebih memahami sifat-sifat kebangsaan Persekutuan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup agensi media tak selesai masalah

Henti main isu polarisasi perkauman, politik berlebihan

'Kerajaan PH gagal wujudkan perpaduan'

[VIDEO] Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus