Layanan istimewa kerajaan kepada perokok

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KESEDIAAN Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membelanjakan RM1 juta untuk membina kawasan khas merokok di tempat awam di seluruh negara mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dan menganggap cadangan itu pembaziran wang rakyat.

Mereka turut mempersoalkan tindakan kementerian memperuntukkan wang untuk golongan yang hanya membabitkan 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Bagi Menterinya, Zuraida Kamaruddin, inisiatif itu selain bertujuan menyokong tindakan Kementerian Kesihatan terhadap larangan merokok, ia juga bukti keprihatinan kementerian itu terhadap aduan kesukaran perokok merokok di tempat awam.

Persoalannya, adakah golongan perokok tegar bersedia mematuhi perintah larangan merokok sementara menunggu kawasan khas yang dimaksudkan tersedia depan mata?

Meskipun Kementerian Kesihatan akan mengenakan saman RM500 terhadap pelanggan yang melakukan kesalahan pertama merokok di kawasan larangan, namun golongan perokok tegar itu seperti tidak makan saman.

Dalam operasi jabatan kesihatan di beberapa negeri baru-baru ini mendapati, perokok tidak segan silu atau ambil kisah soal peraturan dan merokok dalam kawasan kedai makan.

Lebih memburukkan keadaan, peniaga juga seperti mahu menutup mata gara-gara bimbang premis mereka tidak dikunjungi.

Artikel Berkaitan:

Mereka mungkin lupa bahawa 80 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada golongan bukan perokok!

Ironinya, jika mereka itu tidak kisah tentang peraturan sehingga ada yang selamba merokok di dalam lif, adakah pembinaan kawasan khas untuk perokok benar-benar akan digunakan? Adakah mereka teruja mendengar khabar berita itu?

Apapun, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan larangan merokok di semua kedai makan, gerai makanan, medan selera, food truck dan restoran atas kapal serta kereta api di seluruh negara pada 1 Januari lalu wajar disokong.

Ini bagi memastikan kesihatan seluruh rakyat Malaysia terjamin.