X

Kindly register in order to view this article
!

Harris Baba, peserta pertama tersingkir di pentas Dansa Dan Sing

Harris Baba akur tersingkir awal - FOTO: Astro
A
A

PENYANYI kelahiran Singapura, Harris Baba menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Dansa Dan Sing (DDS) pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam malam tadi.

Harris yang diiringi Unique selaku kru tarian atau troopers menyampaikan lagu Belaian Jiwa, nyanyian asal kumpulan Innuendo mendapat markah paling rendah daripada barisan juri professional iaitu sebanyak 49.67 peratus (%).

Arja Lee dan Atilia yang turut berada pada kedudukan tiga terbawah pula terselamat dan berjaya meneruskan saingan pada minggu ketiga bersama Sophia Liana, Chubb-E, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie, Raja Syahiran dan Nik Qistina.

DDS yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan seni suara itu menampilkan barisan juri tetap yang terdiri daripada Linda Jasmine dan Datuk Rizalman Ibrahim, manakala Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.

Kesemua peserta bertanding diadili menerusi format penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu markah juri profesional dan undian penonton secara online.

Bagaimanapun, markah daripada juri profesional menyaksikan penilaian 70% untuk persembahan tarian, manakala 30% lagi daripada aspek nyanyian.

DDS yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Hady Mirza itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 5 Januari lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus