'Hanya mereka ada agenda politik timbulkan isu kebencian kaum'

Laporan muka depan berkaitan kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang digerakkan Sinar Harian.
Laporan muka depan berkaitan kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang digerakkan Sinar Harian.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Isu kebencian kaum yang dibangkitkan hingga menggugat keharmonian masyarakat negara ini hanya dilakukan pihak tertentu bagi memenuhi agenda politik masing-masing.

Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye berkata, perkara itu diakui hanya melibatkan individu berkepentingan dalam politik. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, rakyat perlu bijak supaya tidak terperangkap dengan perbalahan dan mainan politik yang diwujudkan.

“Yang gaduh-gaduh itu semua orang politik. Jadi jika mereka nak gaduh biarkan, kita rakyat jangan gaduh.

Dr Lee Boon Chye (empat dari kanan) menerima cenderahati pada Majlis Angkat Sumpah dan Jamuan Makan Malam Jawatankuasa Lembaga Pengelola Sekolah Shing Chung 2020-2022 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Shing Chung, di sini hari ini.

“Paling penting semua rakyat jangan terperangkap dengan mana-mana pihak yang ada agenda politik,” katanya ketika mengulas kempen Uninstall Hatred: Reboot Malaysia & Global Harmony yang digerakkan Sinar Harian bagi menyatupadukan kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Gopeng yakin rakyat negara ini mahu hidup harmoni dan bersatu padu.

“Doktor ialah contoh terbaik dalam menjaga hubungan perpaduan. Ketika berhadapan pesakit, rawatan sama diberikan tanpa mengira mereka Melayu, Cina atau India,” katanya.