Duta Britain ke Iran nafi sertai protes

Robert Macaire melaporkan beliau ditahan kerana didakwa terlibat dalam tindakan provokasi di hadapan Universiti Amir Kabir di Teheran semalam.
Robert Macaire melaporkan beliau ditahan kerana didakwa terlibat dalam tindakan provokasi di hadapan Universiti Amir Kabir di Teheran semalam.
A
A
A

TEHERAN - Duta Britain ke Iran hari ini menafikan beliau menyertai demonstrasi anti rejim yang tercetus ketika upacara memperingati 176 mangsa penumpang pesawat Ukraine International Airlines yang ditembak jatuh pada Rabu lalu.

Agensi berita Mehr memetik kenyataan Robert Macaire melaporkan beliau ditahan kerana didakwa terlibat dalam tindakan provokasi di hadapan Universiti Amir Kabir di Teheran semalam.

"Saya tidak terlibat dalam sebarang protes! Saya hanya hadir selama lima minit untuk beri penghormatan kepada mangsa tragedi PS752 kerana beberapa daripada mereka adalah rakyat Britain.

"Saya mula tinggalkan lokasi selepas kumpulan itu mula melaungkan slogan. Tindakan menahan diplomat sememangnya melanggar undang-undang di setiap negara," katanya yang ditahan selama sejam setengah oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, kerajaan Britain menegaskan penahanan Macaire adalah satu bentuk pelanggaran undang-undang yang jelas. - AFP

Artikel Berkaitan: