Struktur kejurulatihan skuad remaja bakal dirombak

NORZA
NORZA
A
A
A

Rombakan struktur kejurulatihan skuad kebangsaan yang terarah kepada jawatan pengarah teknikal skuad remaja negara akan dilaksanakan dalam masa terdekat, namun jangkaan tarikh sebenar masih belum diputuskan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya kini dalam proses perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung beberapa calon berpotensi.

“Jika perubahan itu dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis BAM bil 1/2020 di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Ditanya siapa calon berpotensi yang bakal mengemudi pasukan remaja negara, Mohamad Norza bagaimanapun tidak mendedahkannya, namun beberapa calon telah dikenal pasti.

Dalam perkembangan sama, menjawab kritikan sesetengah pihak yang mendakwa arena badminton negara akan kekal di takuk lama walaupun dilatih jurulatih terbaik dunia ekoran ketiadaan pemain berkualiti, Mohamad Norza berkata, itu pandangan mereka yang sentiasa berputus asa dan negatif.

"Saya rasa kebanyakan orang faham langkah yang sedang BAM ambil sekarang.

"Kami tidak mempunyai kumpulan yang berbakat dan perlu berusaha keras dari peringkat junior atau peringkat pembangunan," katanya.

Katanya, jika dahulu, kebanyakan pemain merasakan hanya pemain senior mampu lakukan kejutan, kini budaya itu telah berubah apabila pemain remaja juga boleh melakukan perkara sama.- Bernama

Artikel Berkaitan: