Henti fitnah Mara, kata Rina

Rina (tengah) semasa melawat pameran, pada Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Bersama Masyarakat DUN Bagan Pinang, hari ini.
Rina (tengah) semasa melawat pameran, pada Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Bersama Masyarakat DUN Bagan Pinang, hari ini.
A
A
A

PORT DICKSON - Kementerian Pembangunan Luar Bandar menafikan dakwaan bahawa Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan bantuan kepada usahawan luar bandar.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, Mara akan terus melaksanakan lebih banyak program untuk membantu usahawan bumiputera.

Malah, katanya, beliau kini sedang berusaha melahirkan lebih ramai jutawan dalam perniagaan dan meminta pihak berkenaan menghentikan fitnah berkenaan

“Kalau ada yang kata kita hentikan bantuan kepada usahawan luar bandar, saya minta hentikan fitnah-fitnah ini.

“Saya lagi hendak lahirkan lebih ramai jutawan, usahawan Mara dan Mara akan terus buat program lebih banyak untuk bantu usahawan-usahawan. Yang penting Mara sebagai satu institusi, membantu masyarakat luar bandar, akan meneruskan usahanya baik dari segi pendidikan mahupun keusahawanan," katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini semalam.

Rina Harun bersalaman dengan tetamu yang hadir.
Rina Harun bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Dakwaan mengenai Mara itu timbul selepas pengerusinya, Dr Hasnita Hashim pada Disember lalu membuat kenyataan bahawa agensi terbabit menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru, kecuali dalam bidang pendidikan.

Mengulas lanjut, Rina berkata, kenyataan itu mungkin telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan kekeliruan.

Artikel Berkaitan: