Aneh... pokok pisang ada dua jantung

Pokok pisang memiliki dua jantung menarik perhatian penduduk kampung terbabit.
Pokok pisang memiliki dua jantung menarik perhatian penduduk kampung terbabit.
A
A
A

KUALA KRAI - Sebatang pokok pisang di Kampung Ragu, Manek Urai, di sini menarik perhatian ramai apabila memiliki dua jantung.

Nor Nabilah Mazlan, 24, berkata, dia menyedari kelainan pada pokok pisang yang terletak di hadapan rumahnya itu selepas dimaklumkan adiknya pada 14 Disember lalu.

Menurutnya, kelainan tersebut turut menarik perhatian penduduk kampung yang datang untuk melihat sendiri pisang dua jantung itu dan juga merakam foto.

"Pada mulanya, saya tak percaya namun bila turun lihat sendiri, saya terkejut kerana jantungnya ada dua dan terdapat tiga biji pisang sahaja.

"Ini kali pertama saya lihat pokok pisang begini dan ibu mengandaikan, mungkin hikmah dari ALLAH SWT kerana pada masa yang sama ibu saya telah disahkan menghidap penyakit barah pangkal rahim," katanya.

Nor Nabilah berkata, sejak hampir sebulan lalu, buah pisang itu tidak bertambah dan saiznya tetap sama.

Artikel Berkaitan: