X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Gelagat rakun 'serah diri' mencuit hati

Aksi rakun yang 'menyerah diri' mencuit hati netizen.
A
A

AMERIKA UTARA - Gelagat seekor rakun yang 'menyerah diri' kepada seorang pemilik rumah yang sedang merakamnya mencuit hati netizen.

Video berdurasi 23 saat yang dimuat naik di Youtube RM Videos memaparkan dua ekor rakun muncul ketika pemilik rumah terbabit secara tidak sengaja merakam ke arah binatang itu yang sedang melintasi kawasan rumah berkenaan.

Lucunya apabila apabila kedua-dua haiwan itu dengan serta-merta menjadi kaku pada posisi terakhirnya dan hanya mampu melihat kamera dengan wajah sedih.

Tambah mencuit hati apabila pemilik rumah menghalakan kamera ke arah seekor lagi rakun yang menunjukkannya sedang berdiri sambil kedua-dua tangannya diangkat seolah-olah menyerah diri.

Pemilik rumah berseloroh, rakun-rakun ini mungkin berfikir bahawa mereka akan serta-merta menjadi halimunan sebaik sahaja membekukan segala pergerakan namun realitinya itu tidak berlaku.

Bagaimanapun video berkenaan menghiburkan netizen yang menyifatkan dua ekor rakun itu sangat comel.

"Seekor rakun berdiri, mungkin fikir habislah kena tangkap," kata Daniely manakala kata Ethenyu, "Rakun binatang yang cerdik dan saya sering lihat beberapa ekor rakun di sini, mereka sangat comel!"

Walaupun video dimuat naik pada awal Januari lalu namun sehingga kini mendapat lebih 65,387 tontonan dari seluruh dunia.

Jangan gerak. Nanti manusia tak nampak kita.

Posted by Pencinta Haiwan on Monday, December 30, 2019