Premis jual air disimbah cat

Kejadian sebuah permis perniagaan disimbah cat tular di laman sosial.
Kejadian sebuah permis perniagaan disimbah cat tular di laman sosial.
A
A
A

KAJANG - Polis sudah menerima laporan berhubung sebuah premis jualan air minuman di kawasan Dataran Cheras 2, Balakong, di sini disimbah cat semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga penyelia kedai itu pada jam 5.25 petang.

"Pengadu mengetahui kejadian berkenaan apabila tiba di premisnya pada jam 7 pagi," katanya melalui kenyataan media di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, kamera litar tertutup di kawasan itu tidak merakam kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan di bawah perbuatan khianat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Broline di talian 0189791719 atau terus ke balai polis terdekat.

Artikel Berkaitan: