Penunggang maut berlumba motosikal

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Seorang penunggang motosikal lelaki maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan selepas dipercayai berlumba di Kilometer 288.8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban di sini tadi.

Kejadian berlaku pada jam 5.03 pagi itu membabitkan sebuah kereta dengan tiga motosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ketiga-tiga penunggang motosikal terbabit berumur antara 20 hingga 22 tahun dikatakan berlumba antara satu sama lain sebelum merempuh belakang sebuah kereta.

"Ketika kejadian, pemandu kereta itu dalam perjalanan dari Nilai menuju ke Bangi.

"Tiba-tiba beberapa motosikal dari arah belakang telah melanggar bahagian belakang kereta tersebut," katanya melalui kenyataan media.

Ahmad Dzaffir berkata, saksi kejadian atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Dinesh di talian 011-33094457 bagi membantu siasatan.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: