e-Tunai Rakyat patuh syariah

Amiruddin (tiga dari kanan) selepas merasmikan Saidina Fresh Mart di Taman Serayadi sini hari ini.
Amiruddin (tiga dari kanan) selepas merasmikan Saidina Fresh Mart di Taman Serayadi sini hari ini.
A
A
A

CHANGLUN - Pengguna tidak perlu ragu dengan pelaksanaan inisiatif e-Tunai Rakyat oleh Kementerian Kewangan yang bakal dilancarkan 15 Januari ini kerana ia bersifat patuh syariah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu telah diteliti oleh panel penasihat syariah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan tidak wujud sebarang keraguan berkaitan sistem berkenaan.

Menurutnya, beliau turut berdepan dengan persoalan sama daripada orang ramai kerana ada yang masih meragui pelaksanaan inisiatif berkenaan.

"Umat Islam tidak perlu bimbang kerana BNM sentiasa memantau perkara itu melalui panel penasihat syariah mereka.

"Mereka telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak berlaku perkara yang melanggar syariah agar kebimbangan berhubung perkara itu dapat diatasi," katanya kepada media selepas merasmikan Saidina Fresh Mart di Taman Serayadi sini hari ini.

Amiruddin (kiri) bersama Halimaton Shaadiah menyempurnakan gimik perasmian Saidina Fresh Mart di Taman Seraya di sini hari ini.
Amiruddin (kiri) bersama Halimaton Shaadiah menyempurnakan gimik perasmian Saidina Fresh Mart di Taman Seraya di sini hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pembasmi Kemiskinan, Halimaton Shaadiah Saad; Pengarah Teguh Hartanah Enterprise, Syed Khalili Syed Hussin serta Pengurus Besar Nafas Food Processing & Marketing Sdn. Bhd., Zainal Rasidi.

Beliau berharap orang ramai akan meneruskan penggunaan aplikasi e-dompet selepas ini kerana menawarkan pelbagai kemudahan dan tawaran menarik.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan juga menggalakkan pemilik perniagaan supaya menggunakan kemudahan ini dalam menjalankan urusniaga mereka.

"Untuk menggalakkan budaya digital dan masyarakat tanpa tunai ini, kita perlukan kerjasama kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pemilik kedai

"Selain memudahkan urusan pembayaran ia juga lebih selamat kerana dapat mengelakkan risiko rompakan," katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan inisatif e- Tunai Rakyat tersebut bakal memberi manfaat kepada 15 juta rakyat menerusi akaun e-dompet.

Katanya, warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak menerima RM30 setiap seorang bagi dibelanjakan untuk barangan dan perkhidmatan yang tersedia melalui pengendali perkhidmatan e-dompet terpilih.