Sila log masuk terlebih dahulu.

Tular warga asing borong petrol di Sabak Bernam

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI BESAR - Tular di media sosial Facebook rakaman video warga asing beratur membawa tong untuk membeli minyak petrol di sebuah stesen minyak dipercayai di Sabak Bernam semalam.

Dalam video berdurasi dua minit 45 saat itu memaparkan keadaan sebuah stesen minyak yang sesak dipenuhi warga asing dipercayai warga Bangladesh.

Dalam video itu menunjukkan warga asing terbabit berkumpul beramai-ramai membeli petrol dengan menaiki tiga bas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan pengusaha stesen minyak yang menjual bahan bakar bersubsidi itu kepada warga asing.

"Penjualan minyak bersubsidi kepada warga asing terutama di kawasan terpencil yang jauh daripada kawasan pentadbiran dikhuatiri menyebabkan kerugian kepada negara.

"Sepatutnya minyak bersubsidi ini dinikmati dan diberi keutamaan kepada warga tempatan berbanding warga asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penularan video penjualan minyak subsidi kepada warga asing secara besar-besaran itu.

Mohd Imran berkata, sekiranya perkara itu tidak dipantau beliau bimbang minyak subsidi itu diseludup keluar dari negara ini dengan sewenang-wenangnya.

Artikel Berkaitan:

"Ini akan menyebabkan berlaku ketirisan terhadap subsidi yang diperuntukkan kerajaan untuk membantu rakyat negara ini," katanya.

Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada KPDNHEP berhubung isu terbabit.