Kebakaran Australia: Foto tunas tumbuhan beri harapan baru

Foto Murray Lowe
Foto Murray Lowe
A
A
A

SYDNEY - Paparan beberapa gambar keindahan tunas beberapa jenis tumbuhan yang baru bercambah di atas tapak kebakaran di Australia menarik perhatian netizen.

Sebelum ini kebakaran hutan seluas kira-kira lima juta hektar tanah itu telah memusnahkan tiga negeri di Australia.

Malah begitu banyak gambar yang menyedihkan tular di laman sosial termasuk kematian kira-kira 480 juta haiwan membuatkan seluruh dunia berduka namun penularan gambar keindahan tunas tumbuhan itu seolah-olah memberi harapan baru yang sangat dinantikan seluruh dunia.

Menerusi Facebook seorang jurugambar tempatan, Murray Lowe, beliau memaparkan imej keindahan tumbuhan menghijau selepas sebulan insiden kebakaran yang menghancurkan bandar Kulnara.

Facebook Murray Lowe mendapat perhatian netizen.
Facebook Murray Lowe mendapat perhatian netizen.

“Saya berusaha ke kawasan kebakaran untuk mengambil beberapa gambar tentang bagaimana hutan bertindak balas terhadap kebakaran.

“Walaupun tanpa hujan, kitaran kehidupan tetap bermula di celahan pokok-pokok dan tanah terbakar," kata Lowe.

Dalam pada itu, Lowe mempelawa orang ramai berkongsi sebanyak mungkin gambar yang telah diambil di sekitar kawasan kebakaran.

Artikel Berkaitan:

“Sangat menggembirakan melihat belukar itu kembali hidup semula,” tulisnya.

Sehingga kini posting beliau meraih 27,000 tanda suka, 42,000 dikongsi dan 6,000 maklum balas daripada netizen.

Kata Melissa, "Ia sungguh menakjubkan, sangat bersyukur melihat tumbuhan di kawasan tersebut."

Tambah Lois, "Murray, gambar kamu memberi harapan untuk kami. Terima kasih."