[VIDEO] Jangan terpengaruh tawaran pihak luar

Yee Kew menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap di Balai Polis Setapak hari ini.
Yee Kew menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap di Balai Polis Setapak hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew menggesa penjaja Uptown Danau Kota tidak terpengaruh dengan pihak luar yang cuba mengambil kesempatan berhubung isu pemindahan penjaja ke tapak baharu.

Yee Kew berkata, pihaknya menerima maklumat ada pihak menawarkan penyelesaian untuk membolehkan penjaja berniaga semula di tapak lama dengan bayaran keahlian sebanyak RM150.

"Saya dapat maklumat penjaja terlibat perlu bayar RM150 untuk menjadi ahli dan pihak itu berjanji membantu mereka mendapatkan tapak lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Uptown Danau Kota buat laporan polis

"Tawaran yang dibuat itu adalah satu penipuan kerana semua maklum tapak itu sudah ditutup sepenuhnya pada 31 Disember lalu," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini hari ini.

Yee Kew mendakwa, laporan itu dibuat selepas peniaga dihasut untuk membuat laporan palsu terhadapnya Ahad lalu.

Laporan Sinar Harian berkaitan kes Uptown Danau Kota.
Laporan Sinar Harian berkaitan kes Uptown Danau Kota.

"Saya diberitahu isu kandungan dalam laporan itu sama, saya percaya ada orang yang menyediakan laporan itu kepada mereka.

"Saya juga dimaklumkan 157 laporan polis yang dibuat terhadap saya juga bukan semuanya terdiri penjaja Uptown Danau Kota, ada juga antaranya orang luar.

Artikel Berkaitan:

"Ia salah di sisi undang-undang, jika sabit salah mereka berdepan penjara enam bulan atau denda RM2,000," katanya.

Isu Uptown: Yee Kew dakwa pihak bantah hanya sindiket, kroni

Pemindahan penjaja menjadi perdebatan sejak minggu lalu selepas sekumpulan penjaja berhimpun membuat bantahan disusuli laporan polis Ahad lalu.

Yee Kew mempertahankan prosedur pemindahan penjaja itu sebagai menyelesaikan aduan penduduk dan mengeluarkan mereka dari penindasan serta sewa tinggi oleh penganjur.

Sebanyak 500 tapak disediakan di tapak baharu di Bazaria Wangsa Maju yang mula beroperasi 1 Januari lalu melibatkan majoriti penjaja Melayu, 20 penjaja Cina dan enam penjaja India.