Kilang perabot di Bakri terbakar

Kilang perabot di Bakri yang terbakar pagi tadi.
Kilang perabot di Bakri yang terbakar pagi tadi.
A
A
A

MUAR - Sebuah kilang perabot di Jalan Kebun Sayur, Bakri di sini terbakar pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata, kebakaran tersebut bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira- kira jam 10.42 pagi tadi sebelum 19 anggota bersama empat jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Muar dan Pagoh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang jenis separuh kekal di bahagian stor. Kebakaran telah memusnahkan 30 peratus daripada keseluruhan kilang tersebut," katanya memberitahu operasi ditamatkan pada jam 12.05 tengah hari.

Artikel Berkaitan: