AS beri maklumat penting kepada Ukraine

Potret mangsa nahas diletakkan di sebuah kawasan di lapangan terbang Boryspil, Kiev. - Foto AFP
Potret mangsa nahas diletakkan di sebuah kawasan di lapangan terbang Boryspil, Kiev. - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Pegawai Amerika Syarikat (AS) didakwa telah memberi maklumat penting kepada Kiev berhubung nahas pesawat Ukraine yang ditembak jatuh kelmarin, menurut Menteri Luar Negeri Ukraine, Vadym Prystaiko hari ini.

"Saya dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah bertemu wakil AS. Kami menerima data penting yang akan diproses oleh pakar kami," kata Prystaiko menerusi ciapannya di Twitter.

Zelensky dijangka bercakap dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengenai nahas itu pada jam 3 petang (waktu tempatan).

"Versi kemungkinan peluru berpandu tidak diketepikan tetapi ia masih belum disahkan.

"Matlamat kami adalah untuk mewujudkan kebenaran yang tidak dapat dinafikan. Nilai kehidupan manusia adalah melebihi semua motif politik," tulis Zelensky di laman Facebooknya.

Beliau turut menggesa Ukraine memberi semua maklumat yang diperlukan untuk menjalankan siasatan menyeluruh. - Agensi

Artikel Berkaitan: