Culas bayar 117 kompaun, wanita bakal didakwa

MPK telah beberapa kali mengunci tayar kenderaan tersebut. Gambar kanan: Senarai tunggakan kompaun yang dikeluarkan kepada pemilik kereta.
MPK telah beberapa kali mengunci tayar kenderaan tersebut. Gambar kanan: Senarai tunggakan kompaun yang dikeluarkan kepada pemilik kereta.
A
A
A

KUANTAN - Akibat culas membayar 117 notis kompaun letak kenderaan berjumlah RM4,983, seorang wanita berusia 29 tahun bakal berdepan tindakan mahkamah.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, tindakan mahkamah itu melibatkan kompaun yang dikenakan sejak 2010.

"Kita sudah menyenaraikan nama wanita ini untuk didakwa di mahkamah dan laporan lengkap sedang disiapkan oleh pihak perundangan.

"Kita juga telah membuat sekatan terhadapnya menerusi sistem I-Sekat di mana wanita ini tidak boleh mendapatkan perkhidmatan dari MPK sehingga kompaun itu dijelaskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Norkamawati berkata, pihaknya telah beberapa kali mengunci tayar kenderaannya selepas didapati melakukan kesalahan meletakkan kenderaan.

Bagaimanapun, wanita terbabit hanya membuat pembayaran pelepasan kunci tayar seperti yang termaktub dalam peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT)

"Jadi, pihak MPK tidak akan berkompromi lagi dalam perkara ini," katanya.

Artikel Berkaitan: