Reen Rahim jadi sebutan gara-gara watak Kak Su

Reen Rahim
Reen Rahim
A
A
A

DRAMA Pujaan Hati Kanda arahan Eoon Suhaini yang kini sedang disiarkan di lot Akasia, TV3, ternyata telah mencuri perhatian ramai penonton.

Jika sebelum ini, watak pembantu, Pali yang dijayakan pelakon Syazwan Zulkifly menjadi sebutan ramai, kini satu lagi watak yang turut menjadi trending apabila berjaya dilakonkan dengan cukup berkesan oleh Reen Rahim.

Watak Suria atau Kak Su pada episode awalnya kurang mendapat perhatian kerana tampil dengan aksi-aksi watak antagonis yang biasa dilihat.

Namun menerusi beberapa episod terbaharu ini, watak tersebut telah menarik perhatian ramai dan menjadi bahan perbualan di laman sosial. Malah beberapa petikan dialog yang dituturkan oleh watak Kak Su menjadi trending dan ikutan para peminat setia drama ini.

Rata-ratanya mengakui terhibur dengan aksi bersahaja Reen Rahim dalam menghidupkan watak tersebut.

“Halah.. halah.. halah.. Kak Su tak kuasa dah nak mengamuk. Kita dok mengamuk marah betul-betul, semua boleh terhibur pulak kita naik hantu kat tangga semalam. Dah pi bukak @tv3malaysia sekarang,” tulis Reen pada sebuah posting di laman Instagramnya merujuk kepada salah satu babak episod semalam.

Status yang dimuat naik itu telah menerima pelbagai respon daripada para peminat drama tersebut yang rata-ratanya mengakui terhibur dan memuji lakonan Reen. Malah ada yang mengakui mula meminati Reen selepas menyaksikan lakonannya dalam drama ini.

Ternyata drama ini bukan hanya diminati kerana teraju utamanya sahaja, tetapi juga barisan pelakon lain yang turut mengisi peranan mereka dengan baik.

Artikel Berkaitan:

Pujaan Hati Kanda bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, di TV3.