Empat kenderaan musnah terbakar

Sebuah kereta Proton Iswara musnah terbakar dalam kejadian berasingan berhampiran Kilang Perwaja Steel di Gurun.
Sebuah kereta Proton Iswara musnah terbakar dalam kejadian berasingan berhampiran Kilang Perwaja Steel di Gurun.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiga buah kenderaan dan sebuah rumah musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Panjang, Jalan Paya Mat Insun, Pendang, tengah hari tadi.

Kejadian pada jam 12.02 tengah hari itu melibatkan kebakaran di rumah pekerja satu satu tingkat di tapak semaian anak getah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

“Rumah itu musnah sebanyak 80 peratus, manakala sebuah lori tiga tan terbakar 70 peratus, sebuah van bersebelahan turut dijilat api dan terbakar 90 peratus, manakala sebuah motosikal hangus sehingga 90 peratus dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga buah kenderaan dan sebuah rumah musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Panjang, Jalan Paya Mat Insun, Pendang tengah hari tadi.
Tiga buah kenderaan dan sebuah rumah musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Panjang, Jalan Paya Mat Insun, Pendang tengah hari tadi.

Mohamadul Ehsan berkata, semasa anggota pasukan tiba di lokasi, keadaan api sedang marak dan berjaya dikawal sepenuhnya pada 1 tengah hari.

Dalam kejadian berasingan berhampiran Kilang Perwaja Steel di Gurun, sebuah kereta Proton Iswara musnah terbakar pada jam 11.45 pagi tadi.

“Anggaran kemusnahan adalah 90 peratus, namun tidak melibatkan mangsa. Anggota bomba memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran salur bantu bagi mengawal kebakaran hingga padam sepenuhnya,” katanya.

Artikel Berkaitan: