SPRM tahan tiga pegawai penguatkuasa PAID

SPRM
SPRM
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Selangor hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah bernilai RM600.

Menurut sumber, ketiga-tiga pegawai PAID berusia 32 tahun hingga 37 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor antara jam 6 petang hingga 6.15 petang.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiganya yang bertugas di PAID negeri ini meminta dan menerima suapan sebanyak RM600 daripada orang awam untuk tidak mengambil tindakan bagi kesalahan kes khalwat di daerah tersebut.

"SPRM akan dapatkan perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek di Mahkamah Majistret Klang, pagi esok.

"Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: