Saya tak akan ambil mudah: Maher Zain

Artis Antarabangsa, Maher ZAIN melancarkan Maher Zain Tour 2019 diiringi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Cimb, Rafe Haneef (sebelah saddiq) serta tetamu-tetamu jemputan Khas di atas pentas Pelancaran Maher Zain Tour 2019 di NU Sentral. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Artis Antarabangsa, Maher ZAIN melancarkan Maher Zain Tour 2019 diiringi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Cimb, Rafe Haneef (sebelah saddiq) serta tetamu-tetamu jemputan Khas di atas pentas Pelancaran Maher Zain Tour 2019 di NU Sentral. - Foto Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PENYANYI terkenal, Maher Zain, berkata, dia tidak akan ambil lewa dalam menjayakan konsert jelajah yang dijadualkan pada Mac depan.

Bakal mempersembahkan lebih 20 lagu popular, Maher berkata, menjelang konsert dia akan menjaga pemakanan dan bersenam.

"Ini adalah profesion saya dan saya tak akan ambil mudah, jadi saya akan pastikan apa yang patut saya lakukan saya buat sehabis baik.

"Selain itu, saya akan jaga pengambilan makanan dan minum," katanya kepada Sinar Harian.

Maher ditemui pada Majlis Sidang Media Perasmian Maher Zain Malaysia Tour 2019 di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Mempunyai 40 juta lebih peminat di negara ini, Maher mengakui konsert siri jelajah ke empat buah negeri, Malaysia, yang bakal diadakan pada Mac depan tidak dapat memberikan kepuasan kepada peminatnya.

"Sudah tentu tidak dan semestinya saya mahu melakukan siri jelajah ke semua negeri di Malaysia.

"Begitupun, ini hanya permulaan dan saya berharap selepas konsert tour ke empat buah negeri tersebut nanti akan dirancangkan untuk jelajah ke negeri-negeri lain pula.

Artikel Berkaitan:

"Mengenai janji untuk konsert akan datang apa yang saya boleh cakap hanya insya-ALLAH semoga peminat dapat hadir ke acara itu nanti," ujarnya konsert itu akan menjadi satu kenangan terindah buat semua.

Konsert Maher dijadualkan berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur (9 Mac), Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru (15 Mac), Stadium Spice Arena, Pulau Pinang (16 Mac), dan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu pada 17 Mac.