X

Kindly register in order to view this article
!

'Keldai akaun' didenda RM7,000

Tertuduh ketika dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Tampin hari ini.
A
A

TAMPIN - [DIKEMASKINI] Seorang pembantu penjual ikan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Tampin hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang bukan miliknya sebanyak RM26,000 pada November lalu.

Tertuduh, Mohd Rizal Kadir, 38, dijatuhkan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Tan Chai Wei selepas pertuduhan pilihan ke atasnya dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh dengan curangnya telah menolong menyembunyikan wang berjumlah RM26,000 yang dimasukkan ke dalam akaun yang didaftarkan atas namanya.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di Taman Bukit Tampin antara jam 3.15 petang sehingga jam 3.20 petang pada 8 November 2019.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fuad Ramlan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus