Ubah mentaliti demi masa depan pendidikan negara

Wacana Sinar Siri 148 bertajuk Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini semalam.
Wacana Sinar Siri 148 bertajuk Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sistem pendidikan negara perlu diubah dengan tidak hanya memberi penekanan terhadap peperiksaan semata-mata.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan (KPM), Dr Putri Afzan Maria Zulkifli yang turut bersetuju pendidikan tanpa peperiksaan memberitahu, teknik pembacaan dengan tumpuan terhadap peperiksaan tidak akan menambahkan minat untuk membaca.

"Contoh paling ringkas, bila kita cakap nak rakyat suka membaca, maka enam tahun pertama perlu dibacakan dahulu, barulah kita akan berjaya.

"Bukan dengan teknik ajar membaca sekarang ini untuk peperiksaan dan sebagainya. Ia membuatkan rakyat lebih membenci kepada membaca.

"Jadi ubah mentaliti dan cara yang bermula dari kita sendiri. Ubah mentaliti dalam melihat sesuatu dan saya setuju dengan tiada peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar Siri 148 bertajuk Masa Depan Pendidikan Negara di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini hari ini.

Dua panelis lain, Tokoh Guru Kebangsaan 2019, Nawi Ismail dan Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhan, Fadzil Hashim, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Arba, Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

Pada masa sama, Putri Afzan Maria berkata, guru perlu berfikiran positif dalam menangani jumlah pelajar yang ramai, dalam masa sama meminta tenaga pengajar mengetepikan unsur-unsur politik yang boleh memberi kesan terhadap masa depan pendidikan negara.

Artikel Berkaitan:

"Ya, 40 murid (satu kelas) memang penat. Saya yakin ada caranya, positif.

"Pandang ke hadapan terus. Abaikan politik ini, kita buat apa yang boleh untuk masyarakat sebab mereka ini akan jadi generasi akan datang," katanya.