Lelaki 'pau' duit budak sekolah

Tangkapan layar video yang memaparkan tindakan seorang lelaki membuli beberapa pelajar.
Tangkapan layar video yang memaparkan tindakan seorang lelaki membuli beberapa pelajar.
A
A
A

KELANTAN - Tindakan seorang lelaki membuli beberapa pelajar dengan meminta wang mengundang kecaman di kalangan warga maya.

Insiden tersebut dikongsi oleh Wira Gsr Faizal melalui laman Facebooknya yang memaparkan seorang lelaki menahan sekumpulan pelajar untuk meminta sejumlah wang.

Menerusi video berkenaan, ada di antara pelajar telah memberikan sejumlah wang kepada lelaki tersebut kerana terlalu takut.

Namun salah seorang pelajar tidak mempunyai wang dan telah menawarkan jam sebagai pertukaran namun lelaki tersebut tidak menginginkannya dan bertindak menyepak mangsa.

Perkongsian video yang berdurasi 30 saat itu kini tular di media sosial yang kini meraih 10,000 tontonan dan 2,500 warganet telah berkongsi kisah tersebut.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan lelaki tersebut yang mengharapkan agar insiden itu dilaporkan kepada pihak polis.

"Aku geram sahaja tengok lelaki itu 'pau' duit budak sekolah macam itu sahaja. Aku syak mamat ni lalok dadah dari gaya mukanya. Ibu bapa mangsa laporkan perkara ini pada pihak polis supaya boleh diambil tindakan," tulis Ibrahim Saad di Facebook.

Diana Rahman pula memberitahu, "Ehh, acah-acahnya aku tengok lelaki itu ambil duit budak budak ini tapi aku nampak dia ini dengan budak budak sahaja berani. Kalau polis datang ini, mahu mamat lelaki itu berterabur lari."

Artikel Berkaitan: