Tengku Hassanal menyakat bakat memasak adiknya

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Gelagat Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menyakat bakat memasak adiknya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al- Sultan Abdullah di media sosial mencuit hati netizen.

Reaksi yang dirakam secara live di Instagram telah dikongsi oleh seorang pengguna, @AzirahPcy melalui akaun Twitternya itu menunjukkan Tengku Hassanal menjawab pertanyaan netizen mengenai apa makanan paling sedap yang dimasak Tengku Puteri Afzan.

“Tak sedap makanan dia. Haritu dia cuba racun saya. Eh,” jawab baginda secara ringkas

Namun video itu turut diulang kicau semula oleh Tengku Puteri Afzan dengan kapsyen, “Tak mengapa. Dugaan seorang adik," tulisnya.

Tweet Tengku Puteri Afzan itu mendapat perhatian netizen.
Tweet Tengku Puteri Afzan itu mendapat perhatian netizen.

Dalam pada itu, video yang berdurasi 10 saat itu kini tular di media sosial yang meraih 336,000 tontonan dan 1,300 ulang kicau.

Tweet Tengku Puteri Afzan itu mendapat perhatian netizen dan ada juga netizen turut berkongsi nasib sama.

“Abang aku sebiji perangai macam Tengku Hassanal, juga macam ini tapi selalunya licin juga siap tambah lepastu karang aku perlilah belum tentu awek dia masak sesedap aku dan kemudiannya emo orang kutuk awek dia," tulis Din Rambo di Twitter.

Artikel Berkaitan:

Nazirul pula memberitahu, “Definisi adik-beradik. Kata tak sedap, tapi makan licin. Haihhh sabar jelah tapi suka tengok keluarga Diraja ini bergurau seperti ini. Nampak sememangnya mereka ini rapat antara ahli keluarga."

Dalam pada itu, segelintir netizen turut menggesa Tengku Puteri Afzan supaya bertabah dengan usikan abangnya itu.

“Hahaha normallah tu. Lelaki kan ego. Sedap pun dia kata tak sedap. Cuba masak, mesti habis punya. Saya tahu sebab saya juga melakukan perkara yang sama kepada kakak saya," berseloroh Hafiz Akmal.

Iqmal Din pula berkata, "Sebenarnya lelaki memang begitu. Suka sangat mengusik si adik tapi satu lagi fakta kena terpaksa kata sedap sebab nak adik atau kakak dia masak sedap sebab nak jaga hati. Kalau tak, siapa nak masak dah untuk kita."