20 tentera Nigeria maut diserang militan

Tentera Nigeria ditempatkan di negeri Borno bagi membendung ancaman militan Boko Haram.
Tentera Nigeria ditempatkan di negeri Borno bagi membendung ancaman militan Boko Haram.
A
A
A

MAIDUGURI - Sekurang-kurangnya 20 tentera kerajaan dan hampir 1,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas militan menyerbu sebuah bandar di timur laut Nigeria, kata penduduk dan sumber tentera.

Sumber berkata, kumpulan militan terbabit memasuki Monguno di negeri Borno pada petang Selasa lalu dan menyerang tentera kerajaan yang ditempatkan di situ selain memusnahkan hampir 750 buah rumah.

Penduduk tempatan, Gumati Sadu berkata, dia menyaksikan puluhan orang bertempiaran lari ke arah kawasan semak bagi menyelamatkan diri sepanjang tercetusnya pertempuran.

Katanya, di tengah-tengah kekacauan itu, tiga orang mati terkena peluru sesat.

Sehingga semalam, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut meskipun militan Boko Haram terkenal melancarkan siri serangan di bahagian timur laut Nigeria sejak lebih sedekad lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: