NGO anjur Karnival Kebajikan Bukit Bintang 2020 Ahad ini

Karnival Kebajikan Bukit Bintang 2020 akan diadakan di hadapan siar kaki kedai KK Super Mart, Jalan Bukit Bintang.
Karnival Kebajikan Bukit Bintang 2020 akan diadakan di hadapan siar kaki kedai KK Super Mart, Jalan Bukit Bintang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Karnival Kebajikan Bukit Bintang 2020 akan diadakan di hadapan siar kaki kedai KK Super Mart, Jalan Bukit Bintang di sini pada 12 Januari ini.

Bertemakan ‘Kasih Abadi’, karnival kebajikan itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLCAH).

Karnival Kebajikan Bukit Bintang kali ke-15 yang bermula jam 5 petang itu mendapat kerjasama KK Supermart dan Superstore Sdn Bhd serta disokong oleh Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bukit Bintang.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang Kuala Lumpur dan Presiden KLCAH, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, pihaknya berjaya menganjurkan karnival itu selama 14 tahun berturut-turut.

“Program kebajikan seperti ini akan terus dilaksanakan sebagai salah satu usaha kami memberi keceriaan kepada kumpulan sasaran secara meluas terutamanya bekas penagih dadah, warga emas, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan gelandangan tanpa mengira kaum serta agama,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, seramai 1,800 individu kurang bernasib baik bakal menerima sumbangan dan angpau sempena Karnival Kebajikan Bukit Bintang 2020 yang akan dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Harmoni Bukit Bintang Kuala Lumpur, Steven Lee berkata, kaunter pendaftaran akan dibuka jam 1.30 petang sehingga jam 4.30 petang Ahad ini.

Katanya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Isaiah Tan di talian 018-9695199 dan 012-3905259 atau See Foo Hoong 016-6944444.

Artikel Berkaitan: