Hidung putus digigit kekasih angkara cemburu

Gambar Danylko (kanan) bersama teman lelakinya, Grewal manakala gambar kiri menunjukkan Danylko cedera parah di hidung selepas digigit bekas teman lelakinya dalam satu pergaduhan baru-baru ini.
Gambar Danylko (kanan) bersama teman lelakinya, Grewal manakala gambar kiri menunjukkan Danylko cedera parah di hidung selepas digigit bekas teman lelakinya dalam satu pergaduhan baru-baru ini.
A
A
A

TORONTO - Seorang wanita mengalami kecederaan parah di hidung selepas diserang bekas teman lelakinya di rumahnya di Toronto, Kanada.

Allyson Danylko, 24, mendakwa hidungnya digigit hingga putus oleh teman lelakinya, Nick Grewal, 30, dalam satu pergaduhan di dalam bilik air di rumahnya.

Pada mulanya mereka dilaporkan bergaduh di sebuah kelab malam pada malam sambutan Tahun Baru 2020 sebelum insiden bertukar serius apabila mereka pulang ke rumah.

Danylko berkata, kejadian itu berlaku selepas Grewal cemburu mengenai rancangannya untuk bercuti ke Costa Rica tanpa dirinya.

Danylko juga mendakwa sering dikasari Grewal sepanjang perhubungan mereka dan mengakui menyesal kerana kerana terus menerimanya sebelum ini.

"Dia tidak mahu saya turut serta dalam percutian itu. Dia bertindak melampau apabila menggigit hidung saya hingga putus.

"Hidung saya berdarah tetapi saya berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan daripada jiran. Polis datang dan akhirnya saya dibawa menaiki ambulans," katanya.

Danylko percaya hidungnya ditelan oleh Grewal atau dibuang ke dalam tandas.

Artikel Berkaitan:

Danylko dijangka menjalani pembedahan rekonstruktif untuk membaiki hidungnya dengan menggunakan kulit di bahagian telinganya pada Mac hadapan.

Dalam pada itu, Grewal kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan akan didakwa di mahkamah pada 28 Januari ini.