Bomba tebuk dinding gudang arang batu terbakar

Anggota bomba terpaksa menebuk lubang sebuah gudang menyimpan arang batu bagi memadam keseluruhan kebakaran.
Anggota bomba terpaksa menebuk lubang sebuah gudang menyimpan arang batu bagi memadam keseluruhan kebakaran.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah terpaksa menebuk lubang dinding sebuah gudang penyimpanan arang batu yang terbakar di kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkifli Nordin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.54 malam, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi menebuk sebahagian dinding gudang berkenaan bagi memastikan tiada bara berada di bahagian bawah timbunan kerana bahan yang terbakar adalah arang batu.

Menurutnya, kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan keseluruhan gudang daripada terbakar.

"Dengan kekuatan seramai 20 anggota dan pegawai dari BBP Jalan Kubu dan BBP Padang Temu berjaya mengawal kebakaran jam 9.20 malam," katanya.

Kerja-kerja pemadaman tamat kira-kira jam 1 pagi selepas tiga jam operasi dilakukan.

Artikel Berkaitan: