Orang Asli tuntut BMT

Masyarakat Orang Asli di Kuala Betis juga turut bergantung kepada hasil hutan. Gambar kecil, Nasir.
Masyarakat Orang Asli di Kuala Betis juga turut bergantung kepada hasil hutan. Gambar kecil, Nasir.
A
A
A

GUA MUSANG - Masyarakat Orang Asli kecewa apabila Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi pekebun kecil disalurkan kerajaan terdahulu kini tidak lagi dinikmati.

Aktivis Orang Asli, Nasir Dollah berkata, kerajaan perlu mengkaji semula bantuan berkenaan kerana ia turut memberi kesan kepada masyarakat Orang Asli yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Katanya, komuniti Orang Asli tidak lagi menikmati keistimewaan ini kerana gagal menunjukkan geran atau lot tanah diusahakan mereka.

"Selain mencari sumber hutan seperti rotan dan akar kayu, kebanyakan Orang Asli bergantung kepada sumber getah. Malah, bantuan ini meringankan beban mereka di musim tengkujuh.

"Sejak kerajaan baharu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menolak permohonan mereka kerana gagal menunjukkan geran atau lot tanah kebun.

"Memang masyarakat kami tidak mempunyai geran atau lot tanah tetapi kami telah mengusahakan kebun getah di kawasan tanah adat tiga hingga lapan ekar.

"Ada di beberapa kawasan diusahakan dengan bantuan LGM dan ladang masyarakat yang diperkenalkan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) seperti di Pos Tuel, Pos Hendrop, Pos Brooke, Pos Blau dan Pos Hau," katanya.

Artikel Berkaitan: