Terpulang untuk ambil tindakan: Latheefa

Ahmad Faizal menyampaikan cenderahati kepada Latheefa yang mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Perak di sini hari ini.
Ahmad Faizal menyampaikan cenderahati kepada Latheefa yang mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Perak di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada mana-mana pihak untuk mengambil sebarang tindakan ke atas mereka berhubung pendedahan set rakaman perbualan membabitkan tujuh individu berprofil tinggi sebelum ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, semua pihak berhak untuk mengemukakan sebarang tindakan ke atas SPRM.

Menurutnya, apa yang pasti pihak SPRM akan menyerahkan set rakaman tersebut kepada pihak polis.

"Terpulang kepada mereka nak buat apa. Saya tak mahu komen lanjut. Mereka berhak untuk membuat sebarang tindakan.

"Sebenarnya kita dah serah kepada polis 'first round' dan sekarang kita sedang menunggu pihak polis memanggil dan membuka kertas siasatan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah yang akan mempertimbangkan tindakan ke atas SPRM kerana menyifatkan tindakan tersebut sebagai subjudis dan menghina mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Latheefa berkata, pihaknya akan meneruskan penempatan pegawai di Pejabat Menteri Besar Perak dan Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Menurutnya, selain Perak, kerajaan Kedah dan Sabah juga melaksanakan penempatan pegawai SPRM di pejabat menteri besar masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Ahmad Faizal yang turut sama dalam sidang media itu berkata, penempatan pegawai SPRM tersebut bukan tujuan untuk membuat intipan atau sebagainya tetapi lebih kepada memberikan nasihat.

Katanya, pegawai yang ditempatkan itu diharap dapat membantu mendidik kerajaan supaya menjalankan amanah dengan langkah pencegahan mengelak berlakunya rasuah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tindakan-undang-undang-terhadap-Latheefa-SPRM