19 ahli Geng Kabali dihadap ke mahkamah

Antara sebahagian Geng Kabali yang dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini.
Antara sebahagian Geng Kabali yang dibawa ke Mahkamah Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 19 ahli kumpulan penjenayah Geng Kabali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mardihah Harullah.

Mereka yang dituduh ialah S Prabu, S Viven, T Siva Ravikumar, S Subramaniam, G Kartik, S Prakash, R Kamal Rajh, T Siva Kartik, U Kartik, B Kalaiarasan, G Yuganraj, K Shasithar, G Murali, S Ilangovan, L Navinraj, K Sarugunan, S Sivabalan, G Thanaselan dan M Puspalingam.

Mengikut pertuduhan, pada 1 Februari hingga 27 November 2019, kesemua mereka didapati sebagai ahli kumpulan jenayah terancang Geng Kabali di lorong kecil di Jalan Besar Batu 12 1/2 Jalan Rantau -Silliau.

Kesemua tertuduh yang berusia di antara 18 hingga 50 tahun itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara untuk tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Geng Kabali di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini.
Geng Kabali di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini.

Artikel Berkaitan:

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Izhanudin Alias dan A Aswhini manakala 10 daripada 19 tertuduh diwakili peguambela masing-masing.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 14 Februari sebagai tarikh sebutan semula.

Terdahulu, melalui Ops Kelawar yang dijalankan oleh pihak berkuasa pada dua bulan lalu berjaya menahan 19 ahli geng Kabali ini termasuk ketuanya berusia 32 tahun di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Semua ahli kumpulan berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes samun, ugutan, dadah dan bunuh serta pernah dipenjarakan di tempat yang sama sehingga mereka menubuhkan kumpulan itu dan aktif sejak 2017.