Jumlah anggota polis di Pulau Pangkor ditambah

Pulau Pangkor kini diisytiharkan sebagai PBC mulai 1 Januari lalu. (Gambar kecil: Razarudin Husain)
Pulau Pangkor kini diisytiharkan sebagai PBC mulai 1 Januari lalu. (Gambar kecil: Razarudin Husain)
A
A
A

IPOH - Polis Perak dijangka akan menambah jumlah anggota terutama polis pelancong di Pulau Pangkor berikutan pengiktirafan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) tahun ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, perkara tersebut dalam peringkat kajian sebelum dilaksanakan.

"Kita mencadangkan beberapa anggota sebagai polis pelancong.

"Ada juga yang telah dikeluarkan arahan bertukar sebagai polis pelancong di Pulau Pangkor," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Terdahulu, Razarudin dalam ucapannya berkata, polis Perak telah mewujudkan Digital Vehicular Repeater System (DVRS) bagi menyelesaikan liputan perhubungan komunikasi di Pulau Pangkor.

Beliau berkata, melalui pengurusan kemudahan prasarana yang dilakukan Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM Perak, pihaknya berharap kecemerlangan PDRM dapat dikekalkan dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan: