Tapak Uptown Puchong Permai dibangunkan semula

Tapak Uptown Puchong Permai yang terbakar sebelum ini telah dibersihkan oleh MPSJ dan akan dibangunkan semula untuk manfaat penduduk di kawasan berhampiran. (Gambar kecil: Noraini)
Tapak Uptown Puchong Permai yang terbakar sebelum ini telah dibersihkan oleh MPSJ dan akan dibangunkan semula untuk manfaat penduduk di kawasan berhampiran. (Gambar kecil: Noraini)
A
A
A

PUCHONG - Tapak Uptown Puchong Permai yang terbakar pada Februari tahun lalu akan dibangunkan semula untuk manfaat penduduk di kawasan berhampiran.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata, tapak tersebut telah dibersihkan dan mengikut pelan asal yang diluluskan sebelum ini akan turut dibina gerai makanan di tepi kawasan lapang berkenaan.

"Tapak itu asalnya kawasan lapang, jadi kita ambil tanggungjawab untuk pulangkan kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya baru-baru ini.

Pada 2 Februari tahun lalu, sebanyak 200 lot kedai di Uptown Puchong Permai hangus dalam kebakaran yang mengakibatkan kerugian hampir RM1 juta.

Noraini turut memaklumkan pembangunan di tapak Uptown Puchong Permai itu perlu dilaksanakan seiring dengan pembinaan Dataran Niaga.

Beliau berkata, peniaga yang beroperasi di Dataran Niaga itu akan dibahagikan kepada tiga syif selepas ini bagi membolehkan lebih ramai pihak mendapat manfaat.

"Premis yang lebih sesuai akan disediakan bagi memenuhi keperluan perniagaan makanan yang perlu dimasak di lokasi.

"Sebagaih pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menuju status bandar raya, MPSJ perlu memastikan setiap perniagaan disusun di tempat yang sesuai," katanya.

Artikel Berkaitan: