X

Kindly register in order to view this article
!

Harap ada sinar baru tahun 2020, kata Nora Ariffin

Foto Instagram Nora Ariffin
A
A

PENYANYI Nora Ariffin membuka tirai Tahun Baru 2020 dengan menunaikan umrah melalui perkongsian di Instagram miliknya semalam.

"Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini saya akan mengerjakan umrah. Doakan perjalanan dan ibadah saya lancar dan dipermudahkan.

"Di sebalik segala suka duka ujian ALLAH yang saya lalui. Harap perjalanan ini permulaan hidup baharu yang baik saya. Minta maaf buat semua. Saya juga sudah memaafkan semua kerana ALLAH," tulisnya.

Pada hantaran sama, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 47, berharap ada sinar baharu dalam hidupnya yang baru kehilangan anak tersayang, selepas pemergian suaminya pada 2017.

"InsyaALLAH, Ya ALLAH berikanlah apa yang terbaik untukku.

"Hanya kepada ALLAH kita berserah. Al-Fatihah buat dua insan tersayang, Johan Nawawi dan Muhammad Syakir Alif," katanya.

Pada bulan lalu, Nora berdepan episod duka apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu pada usia 20 tahun.

Pemergian anaknya secara mengejut itu berlaku selepas dua tahun kematian suaminya, komposer Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Rata-rata peminat mendoakan segalanya dipermudahkan dan semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH serta selamat menjalani ibadah umrah.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!