Dua beradik mangsa kelar selamat disemadikan

Ibu mangsa, Norhasyelawati (duduk) melihat majlis pengebumian dua anaknya sambil memangku anak sulong beliau, Muhamad Hakim, 7.
A
A

YAN - Dua beradik yang maut dikelar oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah selamat dikebumikan sejurus azan solat maghrib.

Muhamad Hafiz Idris, 1 dan kakaknya Nurul Hanim Idris 5 selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Abdul Rahman Putra Al Haj, Yan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kelar budak: Suspek ada masalah mental]

Seramai 200 penduduk kampung dan saudara hadir dalam majlis pengkebumian tersebut.

Ibu mangsa Norhasyelawati Yusof, 37 yang turut hadir ke tanah perkuburan kelihatan masih lagi lemah.