Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat di Teheran

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Ukraine International Airlines yang terhempas di Iran hari ini.

“Kementerian ingin merakamkan takziah dan simpati kepada anggota keluarga dan orang tersayang, serta negara asal penumpang dan anak kapal, yang terkorban dalam tragedi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Ukraine terhempas di Iran

Dilaporkan pesawat Boeing 737 yang membawa 176 penumpang itu terhempas sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran.

Pesawat Ukraine itu dalam perjalanan ke Kiev ketika ia terhempas dengan serpihan dan bahagian enjin pesawat itu ditemukan kira-kira 10 kilometer dari lapangan terbang itu di barat Tehran, menurut laporan media. - Bernama

Artikel Berkaitan: