Jadilah pengetua sekolah yang bijaksana

Bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua, mungkin sedikit masa lagi akan jadi pilihan pertama.
Bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua, mungkin sedikit masa lagi akan jadi pilihan pertama.
A
A
A

BERPELUANG duduk semeja dengan beberapa orang cikgu dalam satu majlis kenduri buatkan Merak Jalanan berasa muda pula.

Berbeza dengan sekolah Merak Jalanan semasa kecil, cikgu zaman sekarang cantik bergaya.Terasa nak daftar sekolah semula.

Tetapi bukan itu sebenarnya yang Merak Jalanan mahu ceritakan. Apa yang menarik perhatian Merak Jalanan bukan hanya yang indah-indah sahaja, tetapi topik perbualan pada hari itu.

Selain berbual mengenai peletakan jawatan Menteri Pendidikan yang Merak Jalanan berasa seperti mengadakan sidang media, topik pengetua yang pada awalnya disentuh secara tidak langsung mula ‘hangat’.

Cikgu A memulakan cerita pengetua sekolahnya yang terlalu menekankan akademik sedangkan dari awal lagi dia tahu prestasi pelajar sekolah itu yang rata-ratanya sederhana sahaja.

Kata beliau, pengetua menetapkan aktiviti kokurikulum hanya boleh dibuat pada hari Isnin kerana hari lain fokus kepada kurikulum.

Sambung Cikgu A, sepatutnya pengetua kena bijak, jika sudah tahu prestasi pelajar sederhana kenalah tekankan kokurikulum, dari situlah mereka dapat pengetahuan untuk menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Yang ini Merak Jalanan setuju 100 peratus. Sekarang ini bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua, mungkin sedikit masa lagi akan jadi pilihan pertama.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, pengetua harus terima hakikat bahawa akademik semata-mata tidak boleh menjamin masa hadapan.Kemahiran pelajar perlu diimbangi dengan kebolehan lain, berilah peluang untuk pelajar memilih bidang yang diinginkan.

Biarkan mereka bebas meneroka semua cabang ilmu supaya mereka boleh membuat pilihan yang betul.

Seperti Merak Jalanan, walaupun di sekolah hanya pelajar biasa-biasa tetapi apabila melakukan kerja yang diminati, hasilnya memang bukan kaleng-kaleng.