X

Kindly register in order to view this article
!

Iran enggan serah kotak hitam kepada Boeing

Iran akan menjalankan sendiri siasatan berkaitan nahas terbabit. - Foto Agensi
A
A

TEHERAN - Iran tidak akan menyediakan Boeing dengan kotak hitam pesawat Ukraine yang terhempas di selatan Teheran awal pagi semalam.

Menurut pihak berkuasa penerbangan Iran, siasatan mengenai nahas itu sedang berlangsung.

Ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran, Ali Abedzadeh berkata, Teheran akan menjalankan siasatan sendiri dan pihak berkuasa Ukraine akan dibenarkan untuk hadir ketika penyiasatan dilakukan.

"Setakat ini di mana kotak hitam akan dihantar untuk dianalisis masih belum diputuskan," katanya.

Boeing dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedia membantu jika diperlukan.

Semalam, Boeing 737 yang dikendalikan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine terhempas tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di selatan Teheran.

Nahas meragut kesemua 179 nyawa termasuk sembilan anak kapal.

Pada awalnya, Ukraine mendakwa nahas berpunca akibat masalah teknikal namun menolak kenyataan itu. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus