Air, elektrik naik, Ahmad Maslan persoal tindakan kerajaan

Paparan Twitter Ahmad Maslan
Paparan Twitter Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan manfaat diterima rakyat selepas kerajaan baharu mentadbir.

Beliau mendakwa, banyak perkara yang gagal ditangani kerajaan sejak PH menerajui tampuk pemerintahan negara seperti kenaikan harga barang dan terbaharu, kadar tarif air yang dijangka akan meningkat tahun ini.

"Harga barang memang dah naik, tarif elektrik dijangka naik dan sawit, getah dan kelapa turun.

"Apa manfaat rakyat dapat bila kerajaan baharu? Manifesto juga palsu. Harapan apa yang ditunggu?," soalnya di Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad turut mempertikaikan tindakan kerajaan mungkin meningkatkan kadar tarif air secara berperingkat tahun ini.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan boleh menggunakan wang yang ada jika ingin menambah baik industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

"Tarif air dijangka naik kata menteri rejim #PH. Guna duit yang ada jika nak baiki apa-apa & tak perlu naik tarif," katanya.

Dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel malam tadi, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kenaikan tarif itu perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri itu dari sudut perkhidmatan.