Pemangku Menteri Pendidikan akan diumumkan PM

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan Kabinet telah memilih pemangku Menteri Pendidikan selepas Dr Maszlee Malik melepaskan jawatan tersebut Khamis lalu.

Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan pada Mesyuarat Kabinet hari ini dan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini merupakan keputusan besar dan pengumumannya akan dibuat oleh Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan tersebut oleh pemberita pada Sidang Media Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Dr Maszlee pada Sidang Media Khas petang Khamis lalu mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada 3 Januari.

Artikel Berkaitan: