Hina raja, Perkasa cadang hukuman rotan

Syed Hassan Syed Ali
Syed Hassan Syed Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Hukuman lebih berat termasuk rotan perlu dikenakan ke atas individu tanpa mengira warna kulit dan bangsa jika didapati bersalah menghina institusi raja dan Raja Melayu.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, pelaksanaan hukuman yang lebih tegas perlu bagi mempertahankan dan melindungi institusi Raja Berperlembagaan ini.

Menurut Syed Hassan lagi, dalam Persidangan Agung Perkasa 2018 lalu turut meluluskan usul menggesa Akta Anti Islam dan Anti Raja2 Melayu (AMIRA).

"Akta ini mencadangkan hukuman mandatori penjara dan rotan seperti mana yang diamalkan di Negara Thailand.

"Selagi tidak tegas, selagi itulah mereka akan terus biadab,"katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya lagi, isu penghinaan terhadap institusi raja dan Raja Melayu bukan perkara baharu, namun sehingga kini ia sukar dihentikan.

"Antara sebab sukar untuk hentikan sikap biadab (individu hina institusi raja dan Raja Melayu) ini dalam kalangan rakyat di negara ini kerana adanya tokoh-tokoh tertentu turut melakukan perkara sama.

"Perkasa juga kerap menerima pelbagai kiriman gambar melalui WhatsApp yang menghina Raja-Raja Melayu, termasuk komen-komen di laman sosial,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan sama, Perkasa turut memuji usaha pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengesan dan menangkap individu yang menghina institusi tersebut.

"Perkasa mahu individu-individu ini segera didakwa dan menjadikan kes berkenaan sebagai pengajaran kepada pihak lain untuk tidak mengulangi kesalahan sama.