'Terima kasih Sateesh'

Paparan Facebook Carney Mak mencuri perhatian netizen.
Paparan Facebook Carney Mak mencuri perhatian netizen.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing sanggup menempuh perjalanan hampir tiga jam semata-mata mahu memulangkan dompet milik pelanggannya yang tercicir di sini.

Itu reaksi pemilik dompet apabila lelaki bernama Sateesh Karuppusamy menemui dompetnya.

Menerusi Facebook Carney Mak, dia menaiki perkhidmatan e-hailing di Johor Bahru (JB) pada Sabtu lalu.

"Saya di Johor sekitar jam 9 malam, hanya menyedari dompet hilang ketika mahu membuat pembayaran untuk makan malam.

"Saya telah membuat laporan mengenai kehilangan dompet menerusi aplikasi e-hailing ketika pulang ke Singapura.

"Tidak lama selepas tiba di Singapura, saya menerima panggilan dari pemandu Grab memberitahu dia telah periksa keretanya dan terjumpa dompet saya," katanya.

Dalam nada gembira, Carney Mak bertemu Sateesh Karuppusamy pada keesokan harinya di sebuah stesen minyak di Johor Bahru.

"Terima kasih Sateesh sanggup memandu dari Melaka (perjalanan jauh) ke JB hanya untuk mengembalikan dompet saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hantaran itu kini tular di laman sosial dan rata-rata netizen memuji tindakan Sateesh Karuppusamy kerana bersikap jujur dan amanah.

Pada hantaran sama, seorang pengguna alam maya, Jeya Pragash memberitahu, Sateesh Karuppusamy didakwa dijemput untuk berkunjung ke Singapura selama seminggu dan segala perbelanjaan ditanggung oleh Carney Mak.